Advanced certification in internal copper pair wiring, focusing on installation, troubleshooting, and maintenance for enhanced telecommunications performance.
Kelas persediaan ini dapat membantu para peserta menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan berkaitan pemasangan dan pengujian sistem fiber optik serta aspek keselamatan bagi kerja-kerja di Bahagian Dalaman (CA2A/E08).
2(A) – Rangkaian : Pasangan Kuprum – Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaran Aerial Dan Di Bawah Tanah
Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Kuprum (CA2A) para peserta dikehendaki lulus Peperiksaan TM yang dijalankan secara atas talian (Online) yang dikawalselia oleh pihak Telekom Malaysia (TM).
Format soalan peperiksaan adalah dalam bentuk Objektif yang merangkumi soalan teori seperti pemasangan, penyambungan dan pengujian kuprum serta keselamatan di tempat kerja.
Soalan objektif tersebut mempunyai sebanyak 50 soalan dan peratus lulus adalah 70% dimana jawapan betul adalah 35 soalan.
Membolehkan seseorang pekerja mahir itu mendapat kelayakan dan pengiktirafan dari Telekom Malaysia (TM) bagi melakukan kerja-kerja pemasangan kabel fiber optik dan kuprum di bahagian dalaman dan luaran.
Sijil Kecekapan ini boleh digunakan sebagai sijil teknikal untuk permohonan CIDB Gred G1 PPK, SPKK & PKK/STB dan didaftarkan di bawah kod bidang CIDB kategori E07 (Sistem Telekomunikasi Dalaman).
Peluang pekerjaan dan permintaan semakin meningkat dengan adanya teknologi High-Speed Broadband yang memerlukan naik taraf infrastruktur sistem telekomunikasi yang sedia ada.
Pekerja mahir dalam mempelajari teori dan praktikal dan mendalami pengetahuan dalam bidang Fiber Optik.
Contoh Sijil Kecekapan CA2A
Contoh Sijil Pencapaian Dengan 10 Mata CCD CA2A