Comprehensive training in designing, installing, and implementing fiber optic infrastructure (FTTx) for high-speed broadband networks, covering best practices and industry standards.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam merancang, merekabentuk dan melaksanakan infrastruktur fiber optik bagi rangkaian dalaman bangunan dan luaran kawasan perumahan. Peserta akan mempelajari prinsip-prinsip asas dalam komunikasi serat optik, pemilihan peralatan dan bahan, serta langkah-langkah praktikal dalam merancang dan mengimplementasikan sistem FTTH. Ini penting untuk pihak pemaju dan kontraktor perumahan memastikan tatacara pemasangan dan perancangan infrastruktur fiber optik mengikut standard yang ditetapkan.
Setelah menamatkan kursus ini, peserta mampu untuk merancang, merekabentuk, menguji, dan melaksanakan sistem FTTH secara profesional dan berkesan. Mereka juga akan menerima sijil yang diiktiraf oleh CIDB untuk 10 Mata CCD yang dapat meningkatkan kelayakan dan nilai pasaran mereka dalam industri Fiber Optik.