TEC Community Service

Program Celik STEM di IEM

SK Bukit Tampoi (A)

Membawa slogan ‘Your Ticket to Telco’ ini bersama, TEC mengharapkan pelajar dari pedalaman ini dapat belajar dan menjadi bakal jurutera dalam bidang telekomunikasi serta mampu membuka pintu dunia sains dan teknologi untuk mereka melalui program ini.

TEC Community Service

Karnival STEM

SMK Taman Desaminium

Karnival ini menekankan konsep komponen 4C/4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal dalam bidang STEM. Semoga sedikit bantuan pendedahan dari TEC dapat melahirkan pewaris dalam bidang STEM

TEC Community Service

Jelajah Khidmat Masyarakat

Masjid Baitul Amin

Kami percaya bahawa dengan membersih dan memperindahkan masjid, kita tidak hanya memberi tempat yang lebih luas untuk ibadah, tetapi juga satu tempat yang lebih menyatu dengan kehidupan harian Masyarakat sekitar Puchong

TEC Community Service

Jelajah Khidmat Masyarakat

Pusat Pendidikan Limpahan Kasih

Sebuah rumah kebajikan yang sangat bagus, bersih dan teratur, di tambah pula dengan penghuni yang didedahkan dengan pelbagai ilmu seperti memasak dan menjahit. Perasaan yang sangat gembira kerana dapat bersua menjalani beberapa aktiviti dan memberi sedikit sumbangan untuk kegunaan harian penghuni.

TEC Community Service

Jelajah Khidmat Masyarakat

Bandar Puteri 6, Puchong

Semoga hasil usaha pelatih & kakitangan TEC dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Puteri 6 memberikan keselesaan kepada masyarakat sekitar dan menyemarakkan lagi semangat patriotism dalam diri mereka sebagai rakyat Malaysia.

TEC Community Service

Berkongsi Kasih

Rumah Kebajikan Jalinan Kasih Cheras

Mengunjungi rumah anak yatim, kami tersentuh dengan keadaan mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun hidup dalam keadaan mencabar dengan pelbagai latar belakang dan cerita berbeza, mereka tetap mampu tersenyum & mengucapkan terima kasih atas kehadiran TEC.

TEC Community Service

Jelajah Khidmat Masyarakat

Masjid Baitul Amin (Siri 1)

Aktiviti gotong royong demi memupuk semangat berpasukan dalam diri disamping memberi sumbangan tenaga dan peralatan kepada Masjid Baitul Amin untuk keselesaan masyarakat setempat. Dimana dalam industri juga setiap individu mempunyai peranan masing-masing untuk disumbangkan kepada masyarakat.

TEC Community Service

Jelajah Khidmat Masyarakat

Masjid Baitul Amin (Siri 2)

Didedahkan dengan proses penyediaan air tebu yang segar dan bersih. Bermula daripada menebang, membuang daun, membersih batang tebu, mendapatkan jus dengan menggunakan mesin sehinggalah menjual hasil tersebut semestinya memberikan pengalaman baru yang sangat berharga untuk semua peserta.

TEC Community Service

Berkongsi Kasih

Masjid Baitul Amin (Siri 3)

Usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Telecommunication Engineering College melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini bukan sahaja terbukti mengasah potensi yang ada dalam diri pelatih-pelatih sekaligus membantu komuniti setempat untuk hidup dalam suasana bersih, selamat dan sejahtera.